Litar Dato Sagor
Home About Twitter Facebook Dash

OWNER

Apart of this circuit

CONTACT US
Email di : datosagorlitar@gmail.com
Num : 019-4268181 En.Talib Pengurus/Pngusaha litar
Num : 0134817738 Puan Ida Chalet/penginapan/catering

PENGHARGAAN
PENGHARGAAN SETINGGI-TINGGI kepada : >--Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)
>--Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kampung Gajah
>--Racepod Drift
>--EF Club Malaysia
>--Fast4Ward
>--BC-Machine RaceDay
>--GMC@gengmotorclub
>--4G1 Series Tigar
CREDICT TOO
Own by DamieyJanee.
© Re-edit by amanynaDMNHURI.
Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.


PENGUMUMAN
Tuesday 25 March 2014 • 07:14 • 0 comments



Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia .
Harap semuanya sihat sihat belaka .
Disini saya nak memberi sedikit info terbaru tentang harga sewaan litar kami bagi penganjur penganjur yang gemar membuat event di litar kami .

Sewaan sehari di Litar kami bagi semua penganjur ialah Rm 3000 dari seawal jam 7 pagi sehingga 7 petang. Walau bagaimanapun , pihak penganjur boleh berunding dengan pengurus kami iaitu En. Talib untuk mendapatkan harga yang lebih rendah atas budi bicara beliau . So kami berharap , anda semua jangan terlalu khuatir tentang harga kerana ia masih boleh di bincangkan . Kerjasama dari pihak anda amat kami hargai dan terima kasih kerana masih sudi untuk menggunakkan perkhidmatan kami .

Kami juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang anda menjalankan aktiviti di litar kami terdapat sebarang kekurangan , kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kekurangan tersebut .Sekian .


Post a Comment

ATTENTIONS
Friday 28 February 2014 • 08:32 • 0 comments



Hi Assalamualaikum .

Happy march day everyone .

*Dekat sini saya nak nyatakan bahawa blog  yang digunakkan sebelum ini iaitu http://litarpulaudatosagor.blogspot.com/  yang ownernya Adam jebat sudah tidak digunakan lagi, kami telah bertukar dan menguprades blogg kami yang baru ini . 

*Di samping bagi anda yang mempunyai Facebook boleh like page kami  https://www.facebook.com/pages/Litar-Dato-Sagor-Perak/1470745516475287 iaitu Litar Dato Sagor Perak

*Selain itu juga saya juga ingin menyatakan bahawa pembantu pengurus En.Adam telah bertukar kepada pengurus kita yang lain. Disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan  beliau telah berhenti menjadi pengurus di litar kami.

*Oleh itu kepada semua penganjur yang ingin membuat sebarang tempahan untuk membuat event di litar kami boleh segera membuat pertanyaan melalui email kami iaitu datosagorlitar@gmail.com atau pun boleh direct call kepada Pengurus/Pengusaha litar ini iaitu En Abdul Talib yang lebih dikenali En. Talib di number 019-4268181 ataupun Pengurus chalet/catering iaitu Puan Ida di number 0134817738 . Selain itu and juga boleh menghubungi/whatapps owner blogger ini di number 0175802025 Cik Damiey . Harga sewaan hanya boleh berbincang dengan Pengurus sahaja .

*Kami memohon Maaf atas kesulitan ini , harap anda memahami dan memberi kerjasama yang baik . Sekian Terima Kasih .


Post a Comment

ABOUT LITAR DATO SAGOR KAMPUNG GAJAH
Tuesday 25 February 2014 • 04:21 • 0 comments




  


-> Pada permulaannya Litar ini yang terletak di sebuah pekan kecil di Kampong Gajah , telah dibina sekitar tahun 1999 .Litar ini dibina oleh Y.B Dato Seri Ramli Ngah Talib (kalau tak silap) iaitu bekas menteri besar Perak .

-> Sekarang Litar ini diusahakan oleh En. Abdul Talib B. Samion selaku pengurus Syarikat Tasa Delima Enterprise dengan kerjasama Majlis Daerah Perak Tengah .
-> Litar ini terletak di tengah- tengah Sungai Perak .

-> Litar ini mempunyai kawasan seluas 13 ekar .
-> Panjang jalan 1.138km , Lebar jalan 10 meter untuk pusingan litar dan panjang 606 meter lebar 14 meter untuk acara drag (350M) .


-> Litar ini terletak di Daerah Perak Tengah Kawasan Kg. Telok , Kg. Gajah (45Minit Dari Tol Tapah dan 70 minit Dari Bandaraya Ipoh )
-> Litar ini boleh digunakan secara berkumpulan atau persendirian untuk melakukan apa jua aktiviti .

-> Terbuka juga kepada mana-mana penganjur yang berminat untuk mengadakan event ( motorsport ,kereta drift , spring test , cup prix , perkhemahan , konsert , funfair, majlis perkahwinan , memancing dan aktiviti - aktiviti yang berfaedah kepada masyarakat )
-> Litar ini beroperasi dari 8am - 7pm (Rehat 1.00 tgh - 2.00 ptg waktu zohor , dan 4.15-4.45 ptg waktu asar )

-> Pada tahun 2013 , atas inisiatif pengusaha litar ini beberapa kemudahan telah di disediakan seperti Cafeteria ,Chalet , Astaka kecil , Toilet malahan Litar ini begitu hampir dengan sebuah Masjid iaitu Masjid Tok Jaabar yang berada .Anda boleh mlihat segala kemudahan di gallery kami .
-> Pihak litar tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kecurian, kehilangan ,harta benda,
kemalangan dan kematian kepada pengunjung dan penganjur .


-> Sebarang pertanyaan , cadangan dan tempahan sila ,Email : datosagorlitar@gmail hubungi 019-4268181 En. Abdul Talib ataupun 013-4817738 Puan Ida .


Post a Comment